"There are many things and programs I want to achieve before I hand over and I hope Najib will continue as my deputy in carrying this out "
BBC London, 10th July 2008
10Julai - Abdullah hari ini mengumumkan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertengahan 2010. Pun begitu, pada persidangan akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan perjumpaan dengan Exco Pemuda, Wanita, Puteri dan Ketua UMNO bahagian seluruh negara di PWTC, kedua-duanya menyuarakan hasrat untuk tetap mempertahankan jawatan masing-masing pada pemilihan parti Disember ini.
Akhbar Utusan Malaysia, 10 Julai memetik beliau sebagai berkata;
"Saya tidak akan memimpin parti Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam pilihan raya umum(PRU) akan datang iaitu yang ke-13."
"Saya bercadang menyerahkan jawatan kepada Najib untuk mengambil alih jawatan Presiden parti dalam Jun atau pertengahan 2010."
Ditanya mengapa beliau memilih Jun 2010 sebagai tarikh peralihan kuasa beliau menjawab, tempoh dua tahun itu cukup untuk melaksanakan projek pembangunan yang dirancang khususnya membasmi kemiskinan tegar. Ianya juga akan memberi masa kepada Najib untuk membuat persediaan mengambil alih jawatan dan menerajui BN bagi menghadapi PRU ke-13 (selewat-lewatnya 2013).
Ditanya kemungkinan beliau mengubah pendirian dalam tempoh dua tahun itu, Abdullah menegaskan : "Ia tidak mungkin berlaku. Keputusan saya adalah muktamad."
Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pada itu melahirkan rasa terharu atas kepercayaan PM memlilih beliau sebagai pengganti melalui proses peralihan kuasa yang akan berlaku pada Jun 2010
"Saya berasa terharu di atas kerelaan Abdullah melepaskan jawatan mengikut tempoh yang disebutkan. Ini bukan satu perkara mudah untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri", ujarnya.
Dalam sidang akhbar yang padat dibanjiri para media itu, Najib sekali lagi mengulangi bahawa hubungan beliau dengan PM amat akrab. Beliau berharap ianya akan dapat diteruskan di masa yang akan datang.
Reaksi
Datuk Seri Chia Kwang Chye, Setiausaha Agung Gerakan
---------------------------------------------------------
"Keputusan Perdana Menteri itu perlu kita hormati kerana ia sememangnya sudah menjadi tradisi parti apabila tiba masanya seseorang pemimpin itu menyerahkan kuasa kepada penggantinya. Apa yang penting, kita sebagai rakan-rakan dalam komponen BN akan terus menyokong kepimpinan PM dan TPM."
Datuk Donald Lim Siang Chai, Naib Presiden MCA
---------------------------------------------------
"MCA amat mengharapkan penyerahan kuasa itu akan berjalan dengan lancar dan tidak menimbulkan sebarang masalah."
Datuk S. Veerasingam, Naib Presiden MIC
-------------------------------------------
"MIC menghormati keputusan PM itu tetapi pada masa yang sama semua rakan-rakan dalam BN perlu memastikan parti terus menjadi kuat dan sentiasa menjadi pilihan rakyat."
Datuk M. Kayveas, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP)
--------------------------------------------------------------
"PPP tidak kisah siapa pemimpin akan mengetuai BN tetapi yang paling penting adalah semua parti komponen perlu bekerja keras. Tugas kita adalah untuk memenangi hati rakyat dan merampas kembali kerusi yang dimenangi oleh pembangkang."
Sumber: Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment