VOICES FROM FAR










Tinggalkan komen atau cadangan anda di ruang yang ditetapkan ? Terima kasih. Please leave your comments or suggestions in the comment space as provided respectively.Thank you.

Wednesday, January 14, 2009

Keadilan di bumi Palestin?

Pepatah “Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri” harus dihayati bagi memahami perjuangan rakyat Palestin ketika ini. Saya amat hairan mendengar pendapat segelintir individu yang menyalahkan pertubuhan HAMAS di atas apa yang menimpa rakyat Palestin ketika ini.

Sejarah bisa membuktikan bahawa HAMAS (yang terdiri daripada penduduk asal Palestin) ditubuhkan untuk membela nasib rakyat Palestin – Islam ataupun tidak, untuk memerdekakan bumi mereka daripada jajahan Zionis.

1. Dakwaan bahawa HAMAS yang mencetuskan konflik kali ini adalah tidak benar sama sekali. Perlu diketahui, sepanjang tempoh gencatan senjata 6 bulan lalu yang bermula 18 Jun lepas, HAMAS telah bersetuju tidak melancarkan roket, manakala Israel pula sepatutnya menarik balik kepungan di Gaza. Namun, sebaliknya berlaku. Regim Zionis ini telah memperketatkan lagi kepungan dan memperhebatkan serangan. Malah, pada 4 November dan 17 November lalu, mereka membunuh warga Palestin.


2. Ketidakadilan juga berlaku di bumi Palestin ketika PBB melanggar piagamnya sendiri dalam usaha penubuhan Israel. Termaktub dalam piagam tersebut sebelum sesebuah negara ditubuhkan, rakyat yang terlibat harus diberikan kuasa menentukan masa depan mereka. Namun, hak tersebut telah dinafikan. Ketika awal penubuhan Israel, rakyat Palestin, Islam dan Kristian adalah penduduk majoriti. Dengan bilangan penduduk Yahudi tidak sampai 30%, 60% wilayahnya telah diberikan kepada mereka, manakala bakinya iaitu sejumlah 40% diberikan kepada rakyat Palestin yang merupakan majoriti besar (70%) penduduk ketika itu. Adilkah itu?

3. Titik tolak perjuangan HAMAS dan penduduk Palestin ketika ini juga dilihat bukan lagi berasaskan fahaman agama. Pendirian HAMAS, mereka percaya bahawa Islam adalah agama toleransi, agama keamanan dan mengiktiraf kebebasan beragama. Bagi mereka, rakyat Kristian Palestin adalah saudara senegara, rakan perjuangan dan mangsa kezaliman regim Zionis seperti rakyat Palestin yang lain. Buktinya, selepas pilihanraya 2006, 5 orang warga Kristian bertanding atas tiket HAMAS. HAMAS juga melantik Ir. Jawdat Marqus sebagai Menteri Pelancongan mereka.


4. Sekatan yang dikenakan ke atas bumi Palestin juga perlu ditarik balik. Apabila bekalan makanan, petrol, ubat-ubatan dan pelajaran di sekolah terganggu akibat kekurangan kertas di sekolah-sekolah Gaza dan Tebing Barat, siapakah yang akan lebih merasai penderitaannya? HAMAS ataupun orang awam Palestin sendiri?

5. Kekejaman regim Zionis di bumi Palesti perlu dihentikan. Walau apapun alasannya, tidak ada sebab bagi kanak-kanak, wanita dan orang awam Palestin menerima kekejaman sebegitu rupa. Dunia juga harus menghormati suara rakyat Palestin yang telah memilih HAMAS sebagai tampuk pemerintahan mereka. Jalan penyelesaian harus difikirkan dengan rundingan, dan bukannya di hujung senjata.


sumber : Utusan Malaysia, HAMAS:Daripada Underground kepada Parti Pemerintah

No comments: