VOICES FROM FAR










Tinggalkan komen atau cadangan anda di ruang yang ditetapkan ? Terima kasih. Please leave your comments or suggestions in the comment space as provided respectively.Thank you.

Tuesday, May 19, 2009

KUGAN-JANGAN SALAHKAN INSTITUSI KEPOLISAN NEGARA

Kes kematian tahanan dalam lokap yang melibatkan Kugan atau nama sebenarnya Kugan Ananthan, 22 tahun masih diperkatakan hingga ke hari ini. Kes tersebut mula mendapat perhatian apabila pihak polis mengesahkan Kugan mati ketika berada dalam tahanan pada 20 Januari 2009 di Balai Polis USJ 8 (Balai Polis Taipan), Subang Jaya, Selangor, Malaysia.


Laporan bedah siasat pertama mengatakan bahawa tahanan mati akibat paru-paru berair, namun ianya segera disangkal oleh keluarga si mati. Ini berikutan terdapat kesan calar di beberapa bahagian tubuh mangsa yang pada mereka amat meragukan. Justeru, bedah siasat kedua diadakan.

Apa yang ingin saya ketengahkan di sini bukanlah bagi mempersoalkan siapa yang bersalah dalam hal ini kerana saya lebih suka menyerahkan hal tersebut kepada pihak yang lebih arif dan pakar dalam hal itu.

Saya sebenarnya ingin menegur perlakuan sesetengah pihak yang dilihat sengaja memperbesar-besarkan perkara tersebut. Pada pendapat saya, tidak perlulah diadakan perarakan, tunjuk perasaan di sana-sini, kain rentang berunsur cemuhan dan sebagainya - hanya merugikan wang ringgit dan mengganggu ketenteraman awam sahaja! Bukankah pihak polis telah menyatakan setiap incian perkara tersebut akan dikaji semula secara telus? Kita juga ada barisan peguam yang ‘cukup handal’ dan diiktiraf di Malaysia, biarkan sahaja perkara tersebut diuruskan oleh mereka.

Justeru, segala macam bentuk penentangan terhadap kerajaan pada hari ini perlulah dihentikan. Sekiranya terbukti benar, terdapat penyalahgunaan kuasa atau salahlaku dikesan dilakukan ke atasnya semasa proses soal-siasat dijalankan, jangan salahkan institusi kepolisan negara, salahkanlah individu yang terlibat, yang menyebabkan perkara sebegini berlaku.

Perlu diingat, Kugan merupakan salah seorang tahanan yang DIKEHENDAKI POLIS berikutan penglibatannya dalam kes-kes samun kenderaan mewah di beberapa negeri di Malaysia; dan bukannya wira yang berjuang berhabis-habisan mempertahankan negara, yang perlu didendang, dijulang dan didewa-dewa.

No comments: