Semalam saya berpeluang untuk menghadiri seminar ”Pendermaan dan Pemindahan Organ” yang dianjurkan oleh Hospital Putrajaya dengan kerjasama Bahagian Pemindahan Organ Hospital Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Jarang sekali saya menghadiri seminar seperti ini kerana jelas ianya berbeza dengan bidang kerja yang saya ceburi sekarang. Namun, bak kata pepatah, ”Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan” dan ”Tak Kenal Maka Tak Cinta” – Ajaibnya, dahulu apabila perkataan ”DERMA ORGAN’ menerjah ke fikiran saya, akan segera saya lupakan.
Sebabnya?
TAKUT, GERUN, dan MERASAKAN perkara ini tidak mempunyai kaitan dengan diri saya.
Singkatnya pemikiran saya ketika itu. Namun, seminar ini menyedarkan saya betapa kita ini hanyalah insan kerdil, menumpang di bumi Allah dan saling memerlukan antara satu sama lain – tidak kira agama dan bangsa.
Ingin saya kongsikan di sini sedikit makluman yang saya dapati daripada seminar tersebut:
1. Terdapat dua kaedah pendermaan organ iaitu Semasa Masih Hidup dan Kadevik (selepas mati). Pendermaan Kadevik selalunya melibatkan organ-organ penting badan seperti jantung, injap jantung dan paru-paru.
2. Selain jantung dan buah pinggang (yang selalu dikaitkan dengan pemindahan organ) kita juga boleh memilih samada untuk mendermakan – hati, paru-paru, injap jantung, kulit, tulang, tisu badan, pankreas, mata, kornea mata(lapisan jernih di bahagian hadapan biji mata) dan amnion (bendalir yang dikeluarkan oleh wanita mengandung, selalunya dibuang begitu sahaja selepas melahirkan anak). Jangan sempitkan pemikiran anda dengan hanya memikirkan organ-organ penting sahaja yang boleh didermakan.
Di Malaysia, kaum Cina mencatatkan bilangan penderma berdaftar tertinggi, ini
diikuti oleh kaum India dan Melayu, ada yang mengatakan dalam agama Buddha, amalan pendermaan organ ini amat digalakkan – mungkin ini ada kaitan dengan statistik ini, saya tidak pasti sejauhmana kebenarannya.
Pemindahan organ atau transplant selalunya dilakukan apabila organ seseorang itu sudah tidak mampu berfungsi lagi – misalnya buah pinggang. Apabila rawatan haemodalisis sudah tidak mampu lagi digunakan untuk ’membersihkan’ buah pinggang tersebut, maka ianya perlu diganti. Penderitaan kesakitan pesakit buah pinggang ini ditambah lagi apabila kos rawatan yang dikenakan sangat tinggi. Bayangkan RM60(saya difahamkan dikenakan oleh hospital kerajaan) sehingga RM 300(bagi hospital-hospital tertentu) perlu dibiayai oleh pesakit ini dalam satu kali rawatan. Untuk makluman, pesakit memerlukan rawatan ini 3 kali seminggu, dan sekiranya satu bulan? Anda sahaja kirakan kosnya.
Perlu diingatkan TIDAK ada sebarang pemindahan atau pendermaan organ akan dilakukan tanpa persetujuan daripada si penderma, si mati atau ahli keluarganya. Justeru, pandangan serong terhadap pendapat sebegini hendaklah dielakkan.
Dalam Islam, terdapat pelbagai pendapat mengenai pendermaan dan pemindahan organ ini bergantung kepada keadaan – HARAM, HARUS, DARURAT dan sebagainya. Untuk makluman lanjut mengenai perihal ini, anda boleh mengunjungi laman web JAKIM di : http://www.jakim.gov.my/ untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Perlu ditegaskan juga di sini bahawa urusan jual-beli organ manusia DIHARAMKAN di Malaysia dan juga agama Islam. Setiap anggota dan organ yang kita miliki amatlah berharga dan ianya tidak boleh dibandingkan dengan sebarang nilai, apatah lagi wang ringgit!
Anda juga tidak perlu takut untuk mendaftarkan diri sebagai PENDERMA ORGAN. Ini kerana, walaupun anda merupakan pemegang kad penderma organ (organ donor card carrier), persetujuan anda akan diminta sebelum pembedahan dilaksanakan.
Sebagai PENERIMA ORGAN (organ recipient) satu upacara mengangkat sumpah akan dilakukan sebelum organ dipindahkan kepada mereka. Merek hendaklah berjanji untuk menjalani kehidupan yang sihat, menjaga organ yang diterima sebaik mungkin – ini termasuklah mengelakkan diri daripada merokok, minum minuman keras dan sebagainya. Saya difahamkan ini bertujuan untuk menghormati dan menghargai jasa penderma yang sanggup menyerahkan organ mereka kepada individu-individu bertuah ini.
Akhir kata, suka saya ulangkan kembali baris-baris ayat yang sehingga kini terpahat di dalam ingatan saya ”Pendermaan organ merupakan satu amal kebajikan yang menjanjikan pahala yang amat besar. Ia juga merupakan satu amalan kebajikan yang terakhir yang boleh dilakukan oleh seseorang individu kepada individu yang lain sebelum meninggal dunia”.

SEKALUNG TAHNIAH JUGA DIUCAPKAN KEPADA PIHAK HOSPITAL PUTRAJAYA DAN KUALA LUMPUR DIATAS USAHA MURNI
YANG DIJALANKAN SELAMA INI
No comments:
Post a Comment